Skip to content

Seksyen 18

Penjalanan urusan

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 19 of 105
Seksyen 18
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Akta ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan di dalam mesyuarat Majlis yang diadakan secara tetap dan hendaklah dibereskan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi.

(2)

Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota

Majlis hendaklah, melainkan jika dalam mana-mana hal atau golongan hal khas diarahkan selainnya oleh Yang di-Pertuan Agong, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1).