Skip to content

Seksyen 12

Pembatalan pelantikan

of Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

ActIn forceProvision 13 of 105
Seksyen 12

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis yang dilantik—

(a)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis; atau

(b)

jika dia telah menjadi tidak berupaya menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai anggota; atau

(c)

jika, tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat

Pengerusi, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat

Majlis secara berturut-turut.

Pentadbiran Undang-Undang Islam 21

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)