Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan

45. Perwakilan fungsi Ketua Pengarah

Feedback & support
(1)

Apa-apa fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini (yang bukan suatu fungsi yang kena dijalankan menurut perintah berkanun atau yang bukan suatu fungsi yang kena dijalankan di bawah seksyen 57) boleh dijalankan oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah

Cukai Keuntungan Harta Tanah 67

yang dilantik di bawah undang-undang berhubungan dengan cukai pendapatan.

(2)

Mana-mana pegawai yang dilantik di bawah undang-undang yang berhubungan dengan cukai pendapatan boleh menjalankan apa-apa fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini (yang bukan suatu fungsi yang kena dijalankan menurut perintah berkanun atau bukan suatu fungsi yang kena dijalankan di bawah seksyen 46 dan 57).

(3)

(Dipotong oleh Akta 644).

(4)

(Dipotong oleh Akta 644).

(5)

Seseorang pegawai awam atau pekerja Lembaga Hasil Dalam

Negeri Malaysia yang diberi kuasa di bawah subseksyen 136(5)

Akta Cukai Pendapatan 1967, menjalankan atau membantu pada menjalankan apa-apa fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta itu hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai yang diberi kuasa menjalankan atau membantu menjalankan apa-apa fungsi Ketua

Pengarah di bawah Akta ini yang boleh dijalankan pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2).

(6)

Jika seseorang pegawai awam atau pekerja Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia menjalankan di bawah Akta ini mana-mana daripada fungsi Ketua Pengarah menurut peruntukan subseksyen (1)

hingga (5) dia hendaklah berbuat demikian tertakluk pada penyeliaan, arahan dan kawalan am Ketua Pengarah.

(7)

Perwakilan yang diberi oleh atau di bawah mana-mana peruntukan subseksyen (1) hingga (5) tentang menjalankan apa-apa fungsi Ketua Pengarah tidaklah menghalang fungsi itu daripada dijalankan oleh Ketua Pengarah sendiri.

(8)

Sebutan dalam Akta ini mengenai Ketua Pengarah hendaklah ditafsirkan, berhubung dengan sesuatu hal yang mana seorang pegawai awam atau pekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia diberi kuasa atau disifatkan sebagai telah diberi kuasa oleh mana-mana peruntukan subseksyen (1) hingga (5) menjalankan fungsi Ketua

68

Undang-Undang Malaysia

Pengarah, sebagai termasuk sebutan mengenai pegawai itu atau pekerja itu.

Report