Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan

57. Borang

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh menetapkan borang untuk digunakan bagi maksud Akta ini dan boleh membenarkan sesuatu gantian yang sesuai digunakan bagi mana-mana borang yang ditetapkan sedemikian.

(2)

Jika untuk mematuhi sesuatu peruntukan Akta ini seseorang dikehendaki menggunakan suatu borang yang ditetapkan, dia tidak boleh dikira sebagai mematuhi peruntukan itu melainkan jika dia menjalankan segala usaha yang munasabah bagi mendapat dan menggunakan—

(a)

satu salinan bercetak bagi borang yang ditetapkan sedemikian di bawah subseksyen (1); atau

(b)

satu salinan apa-apa gantian bagi borang itu yang dibenarkan di bawah subseksyen (1), iaitu suatu salinan bercetak melainkan kebenaran itu memperuntukkan selainnya.

Cukai Keuntungan Harta Tanah 81

Report