Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan

48. Peruntukan mengenai keterangan

Feedback & support
(1)

Dalam sesuatu guaman di bawah seksyen 23, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah memberi nama dan alamat pihak kena tuntut dan amaun cukai yang genap masanya untuk dibayar olehnya menjadi keterangan yang cukup mengenai amaun yang genap masanya untuk dibayar itu dan juga kuasa yang cukup bagi mahkamah membuat hukuman bagi amaun itu.

(2)

Suatu transkrip mengenai apa-apa butir yang terkandung dalam sesuatu penyata atau dokumen lain berhubungan dengan cukai boleh diterima dalam keterangan sebagai bukti mengenai butir-butir itu jika transkrip itu diperakui oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa sebagai suatu salinan butir-butir yang benar.

(3)

Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak seseorang boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap orang itu dalam sesuatu prosiding terhadapnya kerana sesuatu kesalahan di bawah seksyen 29, 30 atau 31

atau kerana menuntut apa-apa jumlah wang yang genap masanya untuk dibayar sebagai cukai atau penalti semata-mata oleh sebab orang itu telah atau mungkin telah didorong membuat pernyataan itu atau mengemukakan dokumen dengan apa-apa dorongan atau janji yang sah di sisi undang-undang daripada Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa.

*CATATAN— Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974 [Akta 126] telah dimansuhkan oleh Akta ini berkuat kuasa mulai 7 November 1975—lihat seksyen 59 Akta ini.

Cukai Keuntungan Harta Tanah 73

(4)

(a)

Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b)

tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—

(i)

menyentuh perjalanan kuat kuasa Bab IX dalam

Bahagian III dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

atau

(ii)

ditafsirkan sebagai menghendaki atau membenarkan seseorang mengemukakan atau memberi kepada sesuatu mahkamah, Pesuruhjaya Khas, Ketua

Pengarah atau mana-mana orang lain apa-apa dokumen, benda atau maklumat yang, menurut Bab itu atau menurut peruntukan itu, orang itu tidak akan dikehendaki atau dibenarkan mengemukakan atau memberi kepada sesuatu mahkamah.

(b)

Walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis yang lain, jika sesuatu dokumen, benda, perkara, maklumat, perhubungan atau pemberitahuan terdiri sepenuhnya atau sebahagiannya daripada, atau berhubungan sepenuhnya atau sebahagiannya dengan, resit, pembayaran, pendapatan, perbelanjaan, atau transaksi atau urusan kewangan seseorang (sama ada seorang peguam bela dan peguam cara, pelanggannya atau mana-mana orang lain), ia tidaklah teristimewa daripada penzahiran kepada sesuatu mahkamah, Pesuruhjaya Khas, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa jika ia terkandung dalam, atau meliputi kesemua atau sebahagian daripada, apa-apa buku, akaun, pernyataan, atau rekod lain yang disediakan atau disimpan oleh mana-mana pengamal atau firma pengamal berkenaan dengan seseorang pelanggan atau pelanggan pengamal atau pelanggan firma pengamal itu atau mana-mana orang lain.

(c)

Perenggan (b) hendaklah juga terpakai berkenaan dengan sesuatu dokumen, benda, perkara, maklumat, perhubungan atau pemberitahuan yang telah dibuat atau diwujudkan sebelum permulaan kuat kuasa perenggan itu.

74

Undang-Undang Malaysia

Report