Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan
52. Kesalahan dan kecacatan dalam taksiran, dsb
Feedback & supportTiada apa-apa jua taksiran, notis atau dokumen lain yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan bagi maksud Akta ini boleh dibatalkan atau disifatkan sebagai tidak sah atau boleh ditidaksahkan oleh sebab ianya tidak mengikut bentuk, atau terjejas oleh apa-apa kesilapan, kecacatan atau ketinggalan di dalamnya jika—
ia pada isi dan natijahnya adalah menepati atau mengikut tujuan dan erti Akta ini; dan
orang yang kepadanya ia dialamatkan itu dan mana-mana orang lain yang disebutkan di dalamnya itu ditetapkan mengikut tujuan dan persefahaman bersama.
Cukai Keuntungan Harta Tanah 77
Sesuatu notis taksiran tidak boleh dicabar atau terjejas oleh sebab sesuatu kesilapan di dalamnya tentang—
nama orang yang bertanggungan itu; atau
perihal sesuatu keuntungan yang boleh dikenakan cukai atau kerugian yang boleh dibenarkan, asalkan notis taksiran itu disampaikan dengan sempurna kepada orang yang kepadanya ia dicadang hendak disampaikan itu dan ianya mengandungi pada isi dan natijahnya butir-butir yang di atasnya taksiran itu diasaskan.