Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan
51. Kuasa untuk melantik ejen
Feedback & supportKetua Pengarah boleh dengan notis secara bertulis, jika difikirkannya perlu, mengisytiharkan seseorang sebagai ejen bagi mana-mana orang lain, dan orang yang diisytiharkan sedemikian sebagai ejen itu adalah menjadi ejen bagi orang lain itu bagi maksud
Akta ini dan boleh dikehendaki membayar apa-apa cukai yang genap masanya untuk dibayar daripada apa-apa wang (termasuk pencen, gaji atau apa-apa saraan lain) yang mungkin dipegang olehnya bagi orang
76
Undang-Undang Malaysia itu atau yang mungkin genap masanya untuk dibayar olehnya kepada orang itu, iaitu orang yang baginya dia telah diisytiharkan sebagai ejen itu; dan jika pembayaran mungkir dibuat maka cukai itu hendaklah dituntut daripadanya mengikut cara diperuntukkan dalam seksyen 23.
Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, menarik balik pada bila-bila masa perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang supaya memberi kepadanya maklumat tentang apa-apa wang, kumpulan wang atau aset lain yang mungkin dipegang olehnya bagi mana-mana orang lain atau mengenai apa-apa wang yang genap masanya untuk dibayar olehnya kepada mana-mana orang lain itu.
Jika seseorang yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1)
sebagai ejen bagi seorang lain terkilan dengan perisytiharan itu, dia boleh merayu di bawah seksyen 18 seolah-olah perisytiharan itu ialah suatu taksiran.