Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan
55. Pengesahan notis dan dokumen lain
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), tiap-tiap notis atau dokumen lain yang dikeluarkan, disampaikan atau diberi bagi maksud Akta ini oleh Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa disahkan dengan cukupnya jika nama pejabat Ketua Pengarah dicetak, dicap atau secara lain ditulis di atasnya.
Jika Akta ini memperuntukkan supaya sesuatu notis, perakuan atau dokumen lain ditandatangani oleh seseorang pegawai, notis, perakuan atau dokumen itu hendaklah ditandatangani dalam manuskrip oleh pegawai itu.
Sesuatu notis, perakuan atau dokumen lain yang dikeluarkan, dibuat, disampaikan atau diberi bagi maksud Akta ini dan yang berupa sebagai ditandatangani dalam manuskrip oleh Ketua Pengarah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah dianggap, sehingga akasnya dibuktikan, sebagai telah ditandatangani sedemikian.
80
Undang-Undang Malaysia