Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan
46. Pengenalan pegawai
Feedback & supportSeseorang yang menjalankan hak untuk memasuki semua tanah, bangunan dan tempat lain dan untuk melihat semua buku dan dokumen lain atau hak untuk mengambil milik buku dan dokumen yang diberi oleh seksyen 28 hendaklah membawa suatu waran dalam borang yang ditetapkan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan waran itu hendaklah mengenalkan pemegangnya itu dan jawatannya dan hendaklah dikemukakan oleh pemegangnya apabila diminta kepada seseorang yang mempunyai alasan yang munasabah bagi meminta ia dikemukakan.
Jika seseorang yang berupa sebagai seorang pegawai awam atau pekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang menjalankan fungsi di bawah Akta ini mengemukakan suatu waran dalam borang yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa pengenalan atau kuasa itu sehingga akasnya dibuktikan hendaklah dianggap sebagai tulen dan orang itu hendaklah dianggap sebagai orang yang disebutkan di dalamnya itu.
Sesuatu waran yang dikeluarkan kepada seseorang oleh Ketua
Pengarah di bawah seksyen 137 Akta Cukai Pendapatan 1967, hendaklah disifatkan sebagai suatu waran yang dikeluarkan bagi maksud seksyen ini.