Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan
48A. Kebolehterimaan rekod elektronik
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain, jika dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini suatu rekod elektronik bagi—
mana-mana borang yang ditetapkan yang dikemukakan melalui penghantaran elektronik di bawah seksyen 57A;
atau
mana-mana dokumen lain yang disimpan atau diterima oleh atau disampaikan kepada Ketua Pengarah melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik, rekod elektronik atau salinan atau cetakan daripada rekod elektronik itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan atau terkandung dalamnya:
Dengan syarat bahawa rekod atau salinan atau cetakan itu—
diperakui oleh Ketua Pengarah sebagai mengandungi kesemua atau mana-mana maklumat yang dikemukakan, disimpan, disampaikan atau diterima dengan media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik di bawah seksyen ini; atau
selainnya disahkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950 bagi mengesahkan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.
Jika rekod elektronik bagi mana-mana borang yang ditetapkan di bawah Akta ini atau mana-mana dokumen lain, atau suatu salinan atau cetakan rekod itu boleh diterima di bawah subseksyen (1), hendaklah dianggap sehingga akasnya dibuktikan, bahawa rekod atau salinan atau cetakan itu mengeluarkan semula dengan tepat kandungan borang atau dokumen itu.
Cukai Keuntungan Harta Tanah 75
Bagi maksud Akta ini, “media elektronik” termasuklah suatu data, teks, imej atau mana-mana maklumat lain yang disimpan, diterima atau disampaikan dengan cara elektronik, magnet, optik, imejan atau mana-mana peranti pemprosesan data lain.