Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan

57A. Media elektronik

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang atau golongan orang—

(a)

hendaklah, jika dikehendaki sedemikian di bawah Akta ini;

atau

(b)

boleh, jika dibenarkan sedemikian oleh Ketua Pengarah, mengemukakan apa-apa borang yang ditetapkan di bawah Akta ini melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), syarat dan spesifikasi yang mana-mana borang yang ditetapkan kena dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang boleh memberikan kebenaran *dalam borang yang ditetapkan kepada nomini, ejen cukai, peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya atau peguam bela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan bagi pihak orang itu borang yang ditetapkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1).

*(3A) Kebenaran yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen ini.

(4)

Borang yang ditetapkan itu yang dikemukakan menurut subseksyen (3) bagi pihak mana-mana orang hendaklah dianggap sebagai telah dikemukakan dengan kebenaran orang itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai mengetahui kandungannya.

(5)

Jika subseksyen (3) terpakai—

*CATATAN—Pindaan dalam subseksyen 57A(3) dan subseksyen 57A(3A) melalui seksyen 13

Akta Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 [Akta 875] akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2027—lihat subseksyen 6(2) Akta 875.

82

Undang-Undang Malaysia

(a)

orang yang memberikan kebenaran kepada ejen cukai, peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya atau peguam bela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak itu hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang ditetapkan yang menyatakan bahawa—

(i)

ejen cukai, peguam bela dan peguam cara Mahkamah

Tinggi Malaya atau peguam bela Mahkamah Tinggi

Sabah dan Sarawak itu diberikan kebenaran untuk mengemukakan borang itu kepada Ketua Pengarah bagi pihak orang itu; dan

(ii)

maklumat yang diberikan oleh orang itu kepada ejen cukai, peguam bela dan peguam cara Mahkamah

Tinggi Malaya atau peguam bela Mahkamah Tinggi

Sabah dan Sarawak itu bagi penyediaan borang itu adalah benar dan betul;

(b)

ejen cukai, peguam bela dan peguam cara Mahkamah

Tinggi Malaya atau peguam bela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak itu hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang dikemukakan mengikut subseksyen (1) yang menyatakan bahawa—

(i)

borang itu disediakan menurut maklumat yang diberikan oleh orang yang memberikan kebenaran itu; dan

(ii)

dia telah menerima akuan yang dibuat oleh orang yang memberikan kebenaran itu di bawah perenggan (a);

(c)

orang yang memberikan kebenaran itu hendaklah menyimpan dan memegang simpan dalam jagaan selamat salinan cetak borang yang telah dikemukakan itu dan suatu salinan hendaklah dibuat mengikut proses dan tatacara yang dibangunkan dengan sebegitu demi memastikan bahawa

Cukai Keuntungan Harta Tanah 83

maklumat yang terkandung dalam borang itu hanya maklumat yang dikemukakan menurut seksyen ini;

(d)

salinan cetak yang disebut dalam perenggan (c) hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberikan kebenaran itu;

dan

(e)

salinan cetak yang disebut dalam perenggan (c) dan akuan yang dibuat di bawah perenggan (a) hendaklah disimpan dan dipegang simpan bagi tempoh selama tujuh tahun dari akhir tahun taksiran yang dalamnya borang itu dikemukakan.

(6)

Borang yang disebut dalam subseksyen (1) disifatkan telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah oleh orang yang memberikan kebenaran itu pada tarikh yang suatu perakuan penerimaan borang itu yang dihantar secara elektronik oleh Ketua Pengarah kepadanya.

Report