Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan
56. Bayaran pos tidak dikenakan
Feedback & supportSemua penyata yang dibuat di bawah Akta ini dan semua kiriman cukai (dan apa-apa persuratan berikutan dari atau berhubungan dengan mana-mana penyata atau kiriman itu) boleh, jika diposkan dalam
Malaysia dalam sampul yang ditandakan “Cukai Keuntungan Harta
Tanah”, dihantar dengan tidak dikenakan bayaran pos kepada Ketua
Pengarah atau kepada seorang pegawai atau ke alamat yang dinyatakan dalam sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 54:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh dalam hal tertentu dengan notis secara bertulis mengkehendaki mana-mana orang menghantar apa-apa penyata, kiriman atau persuratan dengan pos berdaftar.