Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan
53. Penyampaian notis
Feedback & supportTertakluk pada apa-apa peruntukan nyata dalam Akta ini, notis boleh disampaikan bagi maksud Akta ini sama ada kepadanya sendiri atau melalui pos biasa atau pos berdaftar.
Sesuatu notis dengan cukai yang dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang yang kepadanya ia dialamatkan itu pada hari yang berikutan dengan hari notis itu tetap diterima mengikut perjalanan biasa pos jika ia dialamatkan—
mengenai sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang yang mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia—
ke pejabat berdaftar itu;
ke alamatnya yang terakhir diketahui; atau
kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses;
78
Undang-Undang Malaysia
mengenai sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang yang tiada mempunyai suatu pejabat berdaftar di
Malaysia—
ke mana-mana pejabat berdaftar syarikat, perkongsian atau kumpulan orang itu (di mana-mana jua letaknya pejabat itu);
ke tempat utama urusan atau aktiviti lain syarikat, perkongsian atau kumpulan itu (di mana-mana jua letaknya tempat itu); atau
kepada mana-mana orang perseorangan yang diberi kuasa (oleh atau di bawah undang-undang sesuatu tempat di mana syarikat, perkongsian atau kumpulan itu diperbadankan, didaftarkan atau ditubuhkan)
menerima penyampaian proses itu; dan
mengenai seorang individu, ke alamatnya yang akhir diketahui.
Jika seseorang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar mengandungi suatu notis di bawah Akta ini—
diberitahu bahawa suatu surat berdaftar adalah menunggunya di suatu pejabat pos; dan
enggan atau cuai mengambil surat itu, notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia telah diberitahu bahawa surat itu menunggunya.
Bagi maksud subseksyen (3), sesuatu afidavit oleh pegawai yang menjaga suatu pejabat pos menyatakan bahawa sepanjang yang diketahui dan dipercayai olehnya suatu pemberitahuan pejabat pos telah diserahkan ke alamat yang terdapat pada surat berdaftar itu memberitahu orang yang kepadanya surat berdaftar itu dialamatkan bahawa suatu surat berdaftar adalah menunggunya hendaklah,
Cukai Keuntungan Harta Tanah 79
sehingga akasnya dibuktikan, menjadi keterangan bahawa orang yang kepadanya surat berdaftar itu dialamatkan telah diberitahu sedemikian.