Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan
58. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
Feedback & support(1)
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi memudahkan perjalanan kuat kuasa Akta ini.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat kaedah-kaedah—
(a)
memperuntukkan supaya penyata dibuat dalam hal yang lain daripada yang disebutkan dalam seksyen 13 dan menentukan orang yang akan membuat penyata itu dan juga maklumat yang hendak dimasukkan di dalamnya;
84
Undang-Undang Malaysia
(b)
menetapkan, kecuali di mana subseksyen 57(1) terpakai, apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan.
(3)
Apa-apa kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibentangkan dalam Dewan Rakyat.
Pemansuhan Akta 126