Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan

47. Sesetengah bahan hendaklah dikira sebagai sulit

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen ini, tiap-tiap orang yang terkelas hendaklah menyifatkan dan menguruskan bahan yang terkelas sebagai sulit; dan jika orang itu ialah seorang pegawai, dia hendaklah membuat dan menandatangani di hadapan pihak berkuasa yang ditetapkan suatu akuan dalam borang yang ditetapkan bahawa dia akan berbuat demikian:

Cukai Keuntungan Harta Tanah 69

Dengan syarat bahawa seseorang yang telah membuat dan menandatangani suatu akuan atau sumpah yang bersamaan di bawah undang-undang cukai pendapatan hendaklah disifatkan sebagai telah membuat dan menandatangani akuan yang dikehendaki oleh subseksyen ini.

(2)

Tiada sesuatu bahan yang terkelas boleh dikemuka atau digunakan dalam mahkamah atau lain-lain kecuali—

(a)

bagi maksud Akta ini atau suatu undang-undang cukai yang lain;

(b)

untuk memulakan atau membantu dalam menjalankan pendakwaan atas apa-apa kesalahan yang dilakukan berhubung dengan cukai atau berhubung dengan sesuatu cukai atau duti yang dikenakan oleh suatu undang-undang cukai yang lain; atau

(c)

dengan kuasa bertulis daripada Menteri atau orang yang dengan hal ehwalnya bahan itu berkaitan.

(3)

Tiada seseorang pegawai boleh dikehendaki oleh sesuatu mahkamah—

(a)

mengemukakan atau menzahirkan bahan yang terkelas yang telah diberi kepadanya atau kepada seorang pegawai lain melainkan oleh atau bagi pihak orang yang dengan hal ehwalnya bahan itu berkaitan; atau

(b)

mengenalkan orang yang telah memberi bahan itu.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang—

(a)

daripada dikemukakan atau dizahirkan bahan yang terkelas kepada Ketua Audit Negara (atau kepada pegawai awam di bawah arahan dan kawalannya) atau daripada digunakan bahan yang terkelas oleh Ketua Audit Negara, setakat yang

70

Undang-Undang Malaysia perlu atau mustahak bagi membolehkan dia menjalankan fungsi jawatannya dengan sepatutnya;

(b)

Ketua Pengarah daripada mengumumkan, dari semasa ke semasa dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut, butir-butir yang berikut berkenaan dengan seseorang yang telah didapati bersalah atau telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau yang terhadapnya tindakan telah diambil di bawah subseksyen 30(2) atau di bawah seksyen 40—

(i)

nama, alamat dan pekerjaan atau perihal lain orang itu;

(ii)

apa-apa butir mengenai kesalahan atau pelarian cukai itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua

Pengarah;

(iii)

tahun atau tahun-tahun taksiran yang dengannya kesalahan atau pelarian cukai itu adalah berkenaan;

(iv)

pelupusan apa-apa aset yang boleh dikenakan cukai atau amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang tidak dizahirkan;

(v)

jumlah amaun cukai yang dilarikan dan penalti (jika ada) yang dikena atau ditanggungkan;

(vi)

hukuman yang dikenakan atau perintah lain yang dibuat:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh tidak membuat pengumuman tentang apa-apa butir mengenai seseorang yang dimaksudkan oleh perenggan ini jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa, sebelum apa-apa penyiasatan atau penyelidikan dimulakan berkenaan dengan sesuatu kesalahan atau pelarian cukai yang termasuk di bawah seksyen 30 atau 31, orang itu telah menzahirkan secara sukarela kepada Ketua Pengarah atau kepada mana-mana

Cukai Keuntungan Harta Tanah 71

pegawai yang diberi kuasa maklumat yang lengkap dan butir-butir yang penuh berhubungan dengan kesalahan atau pelarian cukai itu.

(5)

Dalam seksyen ini—

“bahan yang terkelas” ertinya sesuatu penyata atau dokumen lain yang dibuat bagi maksud Akta ini berhubungan dengan keuntungan seseorang dan apa-apa maklumat atau perkara lain atau hal yang sampai kepada pengetahuan seseorang yang terkelas atas sifatnya sebagai demikian;

“orang yang terkelas” ertinya—

(a)

seorang pegawai;

(b)

Ketua Audit Negara dan pegawai awam di bawah arahan atau kawalannya;

(c)

seseorang yang menasihatkan atau bertindak bagi seorang yang boleh atau mungkin boleh dikenakan cukai dan seseorang pekerja bagi seseorang yang bertindak atau menasihatkan sedemikian jika dia ialah seorang pekerja yang atas sifatnya sebagai yang demikian berhak melihat bahan yang terkelas;

(d)

Ketua Pengarah Penilaian dan pegawai awam di bawah arahan dan kawalannya; atau

(e)

mana-mana pekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri

Malaysia;

“pegawai” ertinya seorang yang ada mempunyai kewajipan rasmi di bawah Akta ini atau yang bekerja untuk menjalankan peruntukan Akta ini;

“pihak berkuasa yang ditetapkan” ertinya orang yang ditentukan dalam Jadual Kedua kepada Kaedah-Kaedah (Akuan Pegawai) Cukai

Pendapatan 1970 [P.U. (A) 38/1970];

72

Undang-Undang Malaysia

“suatu undang-undang cukai yang lain” ertinya Akta Cukai

Pendapatan 1967, dan mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta itu, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967,

*Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974 [Akta 126] dan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan duti setem, duti harta pusaka atau duti sewa filem dan mana-mana undang-undang bertulis yang diisytiharkan oleh Menteri dengan perintah berkanun sebagai suatu undang-undang cukai yang lain bagi maksud seksyen ini.

Report