Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2026Read it in English

Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan

59. Section 59

Feedback & support
(1)

Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974 dengan ini dimansuhkan mulai dari 7 November 1975, tetapi tanpa menyentuh hak Ketua

Pengarah untuk mengambil apa-apa tindakan yang dia telah diberi kuasa untuk mentaksir dan menguatkuasakan pembayaran cukai spekulasi tanah bagi tahun taksiran 1974 dan 1975, yang pada tarikh pemansuhan tersebut masih lagi kena ditaksirkan atau dipungut bagi tahun itu.

(2)

Bagi maksud Akta yang dimansuhkan sedemikian, tahun taksiran 1975 ialah tempoh yang bermula pada 1 Januari 1975 dan berakhir pada 6 November 1975.

(3)

Menteri, pada bila-bila masa, boleh dengan perintah berkanun membuat apa-apa peruntukan peralihan atau kecualian yang difikirkan perlu atau sesuai.

Report

Schedules