Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 · Updated to 1 Jan 2026 · Bahagian V · Pentadbiran dan Tambahan
54. Kuasa untuk mengarah ke mana penyata, dsb., hendak dihantar
Feedback & supportKetua Pengarah boleh dengan perintah berkanun mengarahkan bahawa apa-apa maklumat, penyata pemberitahuan atau dokumen yang dikehendaki diberi, dihantar atau diserahkan kepada Ketua
Pengarah bagi maksud Akta ini hendaklah, tertakluk pada syarat yang terkandung dalam perintah itu, diberi, dihantar atau diserahkan kepada pegawai awam atau pekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia itu atau ke alamat yang dinyatakan dalam perintah itu.