Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

12. Pengisytiharan jalan awam

(1)

Jika kerja jalan telah dilaksanakan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan di bawah Bahagian ini mengenai suatu jalan persendirian atau sebahagian daripada suatu jalan persendirian, yang tidak kurang daripada empat puluh kaki lebarnya, atas permintaan—

(a)

mengenai kerja jalan yang dilaksanakan di bawah seksyen 11

daripada beberapa orang pemunya bidang hadapan yang disenaraikan dalam pembahagian akhir yang bersesama mempunyai suatu nilai tahunan lebih daripada lima puluh peratus dari jumlah nilai tahunan premis yang disenaraikan sedemikian; atau

(b)

mengenai kerja jalan yang lain daripada beberapa orang pemunya bidang hadapan bagi jalan persendirian atau sebahagian daripada jalan persendirian yang bersesama mempunyai suatu nilai tahunan lebih daripada lima puluh peratus dari jumlah nilai tahunan premis yang berhadapan, bersampingan, bersempadanan dengan atau (walaupun tidak sebenarnya berhadapan, bersampingan atau bersempadanan sedemikian) bersebelahan atau mempunyai tempat lalu ke sesuatu jalan persendirian itu atau ke sebahagian daripada jalan persendirian itu mengikut mana-mana yang berkenaan, menghendaki supaya jalan persendirian itu atau sebahagian daripada jalan persendirian itu diisytiharkan sebagai suatu jalan awam, pihak berkuasa tempatan hendaklah mengisytiharkan jalan itu sebagai suatu jalan awam dan jalan itu hendaklah dengan itu menjadi suatu jalan awam dan disenggara selama-lamanya selepas itu oleh pihak berkuasa tempatan.

(2)

Perisytiharan itu hendaklah disiarkan mengikut cara yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

Jalan persendirian boleh diisytiharkan sebagai jalan awam

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules