Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

6. Kuasa bagi mengambil tanah yang berdekatan dengan jalan baharu bagi maksud bangunan

(1)

Pada menyusun atur atau membuat sesuatu jalan baharu, atau pada melebar, membuka, membesar atau dengan cara lain memperelokkan mana-mana jalan awam, selain daripada tanah yang dikehendaki bagi jalan kereta dan siar kakinya itu, pihak berkuasa tempatan boleh meminta Pihak Berkuasa Negeri supaya mengambil tanah yang perlu bagi bangunan untuk membentuk jalan tersebut dan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri boleh—

(a)

mendirikan apa-apa bangunan di atas tanah yang diambil sedemikian atau meminda mana-mana bangunan yang sedia ada di atasnya; dan

(b)

menjual dan melupuskan tanah atau bangunan itu dengan apa-apa janji dan syarat yang difikirkannya patut tentang kelas dan jenis bangunan yang hendak didirikan di atas tanah itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), berkenaan dengan Wilayah

Persekutuan sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan Persekutuan.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules