Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
22. Penyediaan skim bagi bangunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika pihak berkuasa tempatan ada sebab bagi mempercayai bahawa mana-mana tanah mungkin digunakan bagi maksud bangunan, ia boleh menyediakan suatu skim yang sesuai dengan sesuatu pelan yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa, menunjukkan jalan, lorong belakang dan kawasan terbuka yang difikirkannya perlu untuk menjamin keadaan kebersihan, kemudahan dan kesenangan yang sepatutnya berkaitan dengan menyusun atur dan menggunakan tanah itu dan mana-mana tanah yang berhampiran.
Selepas sahaja skim itu disediakan pihak berkuasa tempatan hendaklah menyiarkan suatu notis awam berkenaan dengan
Jalan, Parit dan Bangunan 47
penyediaan skim itu dalam Warta dan dalam mana-mana akhbar atau akhbar-akhbar tempatan yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan, dengan memberi butir-butir tempat di mana salinan skim itu boleh diperiksa, mempelawa bantahan secara bertulis daripada sesiapa jua berkenaan dengan skim itu dan menyatakan tempoh (yang tidak boleh kurang daripada satu bulan) bantahan itu boleh dibuat.
Jika tiada apa-apa bantahan diterima dalam tempoh bantahan boleh dibuat pihak berkuasa tempatan hendaklah memohon kepada
Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan suatu perintah supaya skim itu disahkan.
Jika ada sesuatu bantahan pihak berkuasa tempatan hendaklah, selepas tamat tempoh bantahan itu boleh diterima, menimbangkan bantahan itu dan berkenaan dengan ini ia boleh mendengar sesiapa jua yang pada memfailkan bantahan itu telah meminta supaya didengar.
Selepas menimbangkan bantahan itu pihak berkuasa tempatan hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri skimnya sama ada diubah suai atau tidak dan boleh mencatatkan sebab ia enggan mengubah suai atau sebab ia mengubah suai secara yang dilakukan olehnya itu.
Perintah boleh dibuat dengan syarat
Pihak Berkuasa Negeri boleh dengan perintah mengesahkan skim yang dikemukakan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen (3) atau (5) dan boleh, pada mengesahkan skim itu, mengubah suai skim itu atau mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengubah suai skim
Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa selepas apa-apa skim disahkan di bawah subseksyen (6) mengubah suai skim itu atau mana-mana bahagiannya atas permohonan sama ada oleh pemunya tanah yang terlibat atau oleh pihak berkuasa tempatan tetapi
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
hanya selepas memberi tiap-tiap pemunya atau pemunya yang diketahui mana-mana harta yang pada pendapatnya adalah terlibat dengan ubah suaian itu dan selepas memberi pihak berkuasa tempatan suatu peluang untuk didengar sama ada sendiri atau melalui peguam.
Kesan pelan yang menjadi sebahagian daripada skim
Sesuatu pelan yang menjadi sebahagian daripada sesuatu skim yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, bagi maksud seksyen 70
mempunyai kesan yang sama seperti suatu pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen ini:
Dengan syarat bahawa kewajipan yang ditanggungkan oleh skim itu tidak boleh terikat kepada mana-mana orang melainkan jika dan sehingga orang itu mengemukakan suatu pelan untuk mendirikan suatu bangunan atas sesuatu bahagian daripada tanah yang terkandung dalam pelan di bawah seksyen 70.
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII