Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
16. Notis ke atas orang yang menyebabkan jalan persendirian berada dalam keadaan berbahaya atau cacat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika pihak berkuasa tempatan berpendapat bahawa mana-mana pemunya bidang hadapan atau mana-mana orang lain adalah bertanggungjawab menyebabkan suatu jalan persendirian atau mana-mana bahagiannya berada dalam keadaan berbahaya atau cacat pihak berkuasa tempatan itu boleh, dengan notis, menghendaki orang itu supaya jangan menggunakan lagi jalan persendirian itu bagi maksud mengangkut apa-apa barang, bahan atau benda, atau melarang jalan itu digunakan oleh kereta dari kelas yang ditentukan sehingga orang itu mendepositkan dengan pihak berkuasa tempatan itu sejumlah wang sebanyak yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan itu.
Pihak berkuasa tempatan hendaklah pada menentukan jumlah wang yang hendak didepositkan dengan pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen (1) memberi perhatian kepada kos dan belanja yang mungkin dilakukan jika sekiranya ia mengarahkan supaya kerja pembaikan itu dilakukan.
Mana-mana pemunya bidang hadapan, pemaju atau seseorang lain yang tidak mematuhi notis itu boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh hingga dua belas bulan atau kedua-duanya.
Perakuan pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa pada pendapatnya pemunya bidang hadapan, pemaju itu atau orang lain itu yang dinamakan dalam perakuan itu adalah bertanggungjawab menyebabkan sesuatu jalan persendirian atau sebahagian daripadanya berada dalam keadaan berbahaya atau cacat adalah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta itu bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII