Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
18. Menentukan amaun untuk dideposit dan tarikh siap
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang bercadang hendak memulakan apa-apa kerja bagi mendirikan sesuatu bangunan baharu hendaklah, melainkan jika dikecualikan, memohon kepada pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan suatu perintah daripada pihak berkuasa tempatan menentukan amaun yang dikehendaki didepositkan bagi kerja jalan dan tarikh yang pada atau sebelumnya kerja jalan itu hendak disiapkan.
Orang yang memohon suatu perintah itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu disampaikan kepadanya mendepositkan dengan pihak berkuasa tempatan jumlah wang yang dinyatakan dalam perintah itu atau memberi sekuriti.
Pada membuat perintah itu pihak berkuasa tempatan hendaklah memberi perhatian kepada amaun yang akan dibelanjakan olehnya jika ia melaksanakan kerja jalan itu di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang tidak puas hati dengan perintah itu hendaklah, dalam masa sepuluh hari dari tarikh perintah itu disampaikan kepadanya, merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri mengenainya adalah muktamad dan tidak boleh tertakluk kepada apa-apa rayuan dalam mana-mana mahkamah.
Jalan, Parit dan Bangunan 45
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII