Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

27. Kedudukan paip air, dsb., hendaklah diubah atas belanja pihak berkuasa tempatan

(1)

Jika bagi maksud Akta ini pihak berkuasa tempatan fikirkan perlu meninggikan, membenamkan, merendahkan atau secara lain mengubah kedudukan mana-mana paip air atau kerja air lain, kabel lampu elektrik atau dawai telegraf utama atau alat lampu elektrik lain atau alat telegraf yang ditanamkan dalam mana-mana jalan, ia boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki orang atau pihak berkuasa yang mempunyai atau mengawal mana-mana paip, kerja-kerja, kabel, sesalur atau alat-alat itu, supaya menyebabkan dengan segera atau dengan seberapa segera yang boleh supaya mana-mana paip, kerja, kabel, sesalur atau alat-alat itu ditinggikan, dibenamkan, direndahkan atau secara lain diubah kedudukannya dengan apa-apa cara yang diarahkan olehnya:

Dengan syarat bahawa pengubahan itu bukanlah sesuatu yang akan mendatangkan bencana selama-lamanya kepada kerja, kabel, sesalur atau alat itu atau menyekat air daripada mengalir dengan bebas dan mudah seperti dahulu.

(2)

Belanja bagi menjalankan kerja untuk meninggikan, membenamkan, merendahkan atau mengubah itu, dan pampas an yang munasabah kerana kerosakan yang disebabkan oleh demikian, boleh dibayar oleh pihak berkuasa tempatan.

(3)

Jika orang atau pihak berkuasa yang mempunyai atau yang mengawal mana-mana paip, kerja, sesalur, kabel atau alat-alat itu, tidak bertindak dengan segera atau dengan seberapa segera yang boleh selepas menerima sesuatu notis untuk menyebabkan supaya paip, kerja, sesalur, kabel atau alat-alat itu ditinggikan, dibenamkan, direndahkan atau diubah mengikut cara yang dikehendaki oleh notis

Jalan, Parit dan Bangunan 53

itu, sesuatu Mahkamah Majistret hendaklah, atas permohonan pihak berkuasa tempatan, mengeluarkan suatu perintah mandatori menghendaki kerja yang perlu itu dijalankan.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules