Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

19. Pihak berkuasa tempatan boleh melaksanakan dan mengarahkan supaya dijalankan dengan sepatutnya kerja jalan

(1)

Jika kerja jalan tidak dimulakan selepas kerja bangunan dimulakan atau tidak dilaksanakan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan, bagi sesuatu hal dalam mana sesuatu deposit telah dibuat atau sekuriti diberi di bawah subseksyen 18(2), pihak berkuasa tempatan boleh, pada bila-bila masa selepas memberi notis mengenai cadangannya hendak berbuat demikian melaksanakan atau mengarahkan supaya kerja jalan itu dijalankan dengan sepatutnya.

(2)

Kos bagi melaksanakan kerja jalan itu atau bagi mengarahkan supaya kerja jalan itu dijalankan dengan sepatutnya oleh pihak berkuasa tempatan hendaklah didapatkan dari deposit yang dibuat atau sekuriti yang diberi di bawah subseksyen 18(2).

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules