Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
25. Mengadakan siar kaki, dsb
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika ada suatu bidang hadapan kepada jalan awam dan bidang hadapan itu tidak ada rumah di atasnya hingga selanjar empat kaki atau lebih, dan bidang hadapan itu terletak antara arked atau siar kaki awam atau antara bangunan itu dengan suatu jalan lain, pihak berkuasa tempatan boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pemunya
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
atau pemunya-pemunya bagi bidang hadapan yang kosong itu atau pemunya-pemunya bagi beberapa bidang hadapan yang menjadi bidang hadapan itu membenarkan dengan segera tanpa pampasan supaya suatu siar kaki selebar tujuh kaki atau selebar yang sama dengan lanjar bidang hadapan yang kosong itu mengikut mana yang kurang, dibuat bagi kegunaan orang ramai di sepanjang bidang hadapan itu, dan, jika perlu bagi maksud ini, menganjak ke belakang mana-mana tembok, pagar, paling, pagar tumbuhan atau binaan lain yang seumpamanya yang memisahkan tanahnya atau tanah mereka daripada jalan awam itu hingga ke suatu jarak tidak lebih daripada tujuh kaki daripada pinggir jalan itu dalam masa tiga bulan dari tarikh notis itu.
Kos bagi membina dan menyenggara sesuatu siar kaki yang dicadang hendak dibuat di bawah kuasa yang diberi dalam seksyen ini, serta juga kos bagi menganjak ke belakang mana-mana binaan yang tersebut di atas, hendaklah ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan dan notis yang dikehendaki diberi itu hendaklah mengandungi suatu penentuan mengenai kerja yang dikehendaki dibuat dan bahan yang hendak digunakan dan juga sesuatu tawaran oleh pihak berkuasa tempatan untuk membayar apa-apa jumlah wang yang dinyatakan di dalamnya sebagai kos menjalankan kerja itu.
Siapakah hendak menjalankan kerja
Apabila menerima notis itu pemunya atau pemunya-pemunya boleh sama ada menjalankan kerja itu berkenaan dengan bidang hadapan mereka masing-masing atau menghendaki pihak berkuasa tempatan menjalankannya dan, jika mana-mana pemunya yang menjalankan kerja itu tidak menyiapkan kerja itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, pihak berkuasa tempatan boleh memasuki tanahnya dan menjalankan kerja itu.
Pelan hendaklah diserahkan
Bagi tiap-tiap hal dalam mana suatu siar kaki dibuat di bawah seksyen ini, pihak berkuasa tempatan hendaklah menyerahkan kepada
Jalan, Parit dan Bangunan 51
tiap-tiap orang pemunya tanah itu suatu pelan menunjukkan tanah yang diambil untuk siar kaki itu dan suatu pernyataan yang bermaksud bahawa tanah itu telah diambil di bawah seksyen ini untuk digunakan sebagai suatu siar kaki awam, tertakluk bagaimana pun kepada hak tiap-tiap seorang pemunya dan penggantinya dalam hakmilik pada bila-bila masa untuk membina sesuatu dengan apa-apa cara dan hingga apa-apa takat sebagaimana yang ia berhak membinanya jika tanah itu tidak diambil untuk digunakan sebagai suatu siar kaki awam.
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII