Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
8. Pihak berkuasa tempatan boleh menuntut kos bagi jalan baharu atau kos bagi melebar, membuka, dsb., jalan awam
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila pihak berkuasa tempatan telah membuat sesuatu jalan baharu atau telah melebar, membuka, membesarkan atau dengan cara lain memperelokkan sesuatu jalan awam, ia boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, menuntut kos bagi mengambil tanah itu untuk, dan bagi—
membina jalan baharu itu;
melebar, membuka, membesarkan atau dengan cara lain memperelokkan jalan awam itu, daripada pemaju yang berkenaan atau pemunya bidang hadapan atau kedua-keduanya.
Jika jumlah wang itu kena dibayar oleh pemaju itu, jumlah wang itu boleh dituntut daripada pemaju itu dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Jika kos itu kena dibayar oleh pemunya bidang hadapan, orang yang menjadi pemunya bidang hadapan apabila kerja itu siap adalah bertanggungan membayarnya dan jumlah wang itu boleh dituntut secara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Pada menentukan amaun yang masing-masing kena dibayar oleh pemunya bidang hadapan atau pemaju itu pihak berkuasa tempatan boleh memberi pertimbangan kepada mana-mana atau segala faktor berikut:
bidang hadapan premis mereka masing-masing;
luas premis mereka masing-masing;
takat faedah yang akan didapati oleh premis itu dengan pembinaan jalan itu;
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
jika mana-mana bahagian daripada jalan itu telah dibina terdahulu daripada itu, amaun dan nilai kerja jalan itu yang telah pun dilaksanakan oleh pemunya bidang hadapan itu;
bayaran yang munasabah berkenaan dengan pengukuran dan pengawasan;
kos bagi premis yang diserah balik oleh pemunya secara sukarela kepada pihak berkuasa tempatan itu; dan
apa-apa perkara lain yang pada pendapat pihak berkuasa tempatan itu adalah berkaitan dan patut ditimbangkan.
Jika pemaju atau pemunya bidang hadapan itu tidak puas hati dengan pembahagian kos itu, dia boleh dalam masa satu bulan dari menerima notis pembahagian itu, merayu kepada Pihak Berkuasa
Negeri dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri itu adalah muktamad dan tidak boleh tertakluk kepada apa-apa rayuan atau kajian semula dalam mana-mana mahkamah undang-undang.
Pihak berkuasa tempatan boleh mengecualikan mana-mana pemunya bidang hadapan atau kelas pemunya bidang hadapan daripada membayar kesemua atau sebahagian daripada kos kerja jalan itu.
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII