Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

26. Pihak berkuasa tempatan boleh memasang tiang lampu dan lampu

(1)

Pihak berkuasa tempatan boleh mengarahkan supaya besi lampu, tiang lampu atau perkakas lampu lain dipasang atau dilekatkan di atas atau pada dinding atau pagar jerjak mana-mana bangunan atau kepungan, dengan melakukan seberapa sedikit kerosakan yang boleh kepadanya, atau supaya dipasang atau dirikan dengan apa-apa cara lain yang difikirkan patut olehnya dalam kawasan mana-mana jalan atau tempat dan boleh mengarahkan supaya beberapa buah lampu dari apa-apa saiz dan jenis yang perlu diadakan dan dipasang dan diletakkan atas besi lampu dan tiang lampu itu untuk menerangi kesemua atau mana-mana daripada jalan dan tempat itu dan juga mengarahkan supaya jalan dan tempat itu diterangi dengan lampu pada waktu sebagaimana yang perlu.

Palung dan paip hendaklah dipasang

(2)

Pemunya tiap-tiap rumah dan bangunan hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari selepas disampaikan notis daripada pihak berkuasa tempatan bagi maksud itu, memasang dan menyenggara dalam keadaan baik palung, salur dan paip bagi menerima dan membawa air dari bumbung dan bahagian lain rumah atau bangunan itu dan bagi mengalirkan air itu dengan apa-apa cara yang diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan supaya air itu tidak menimpa orang yang lalu di jalan itu atau supaya air itu tidak memasuki mana-mana betung.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

(3)

Jika notis itu tidak dipatuhi maka pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa selepas tamatnya masa yang ditentukan itu mengarahkan supaya kerja itu dibuat dan kos dan belanja bagiberbuat demikian hendaklah dibayar kepada pihak berkuasa tempatan oleh pemunya yang mungkir itu.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules