Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

21. Pulangan balik deposit apabila kerja bangunan tidak dimulakan

(1)

Mana-mana orang yang telah membuat sesuatu deposit atau memberi sesuatu sekuriti di bawah subseksyen 18(2) dan yang kemudiannya membuat keputusan tidak akan meneruskan pendirian apa-apa bangunan, dengan tidak memulakan apa-apa kerja bangunan, hendaklah menyampaikan notis kepada pihak berkuasa tempatan mengenai cadangannya tidak akan meneruskan pendirian bangunan itu.

(2)

Pihak berkuasa tempatan hendaklah, apabila menerima notis itu, membatalkan kelulusan pelan dan penentuan berkenaan dengan bangunan yang dicadangkan itu.

(3)

Pihak berkuasa tempatan hendaklah memulangkan balik deposit itu atau sebahagian daripadanya atau memulangkan sekuriti itu atau sebahagian daripadanya sebagaimana yang ditetapkannya.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules