Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian II · Jalan
14. Melebarkan jalan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila pihak berkuasa tempatan membuat keputusan bahawa adalah perlu untuk melebarkan, membuka, membesar atau dengan cara lain memperelokkan sesuatu jalan persendirian atau mana-Jalan, Parit dan Bangunan 37
mana bahagian sesuatu jalan persendirian, pihak berkuasa tempatan hendaklah menyediakan suatu pelan menunjukkan premis yang akan diambil bagi maksud menjalankan kerja melebar, membuka, membesar atau dengan cara lain memperelokkan jalan itu:
Dengan syarat bahawa sesuatu pengambilan premis hendaklah mengikut undang-undang berhubungan dengan pengambilan paksa tanah.
Pengambilan kesemua bangunan jika sebahagian menjadi tidak berguna
Jika mana-mana bahagian sesuatu bangunan yang terletak atas sesuatu pegangan adalah diambil di bawah seksyen ini dan dengan hal yang demikian bahagian bangunan yang selebihnya itu menjadi tidak berguna lagi, maka Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki sedemikian oleh pemunyanya, mengambil bahagian pegangan yang selebihnya itu iaitu bahagian yang darinya bangunan itu menjadi sebahagian.
Pengambilan kesemua pegangan dalam hal tertentu
Jika mana-mana bahagian sesuatu pegangan yang tiada apa-apa bangunan terletak atas bahagian itu atau atas bahagian pegangan yang selebihnya itu diambil di bawah seksyen ini dan dengan hal yang demikian, bahagian pegangan yang selebihnya itu menjadi tidak berguna lagi sebagai tapak bangunan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki sedemikian oleh pemunyanya, mengambil bahagian pegangan yang selebihnya itu.
Kos pengambilan di bawah seksyen ini boleh dituntut daripada pemaju atau pemunya bidang hadapan atau kedua-duanya.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 133
Pemunya membayar balik kepada pihak berkuasa tempatan kos pengambilan
Jika kos itu hendak dituntut daripada pemunya bidang hadapan, kos itu hendaklah dibahagikan antara orang-orang yang mana adalah pemunya-pemunya bidang hadapan bagi jalan itu pada masa siapnya kerja melebarkan, membuka, membesar atau kerja lain memperelokkan dan jumlah wang yang dibahagikan itu boleh sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini dituntut daripada orang-orang itu oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Faktor yang hendak ditimbangkan apabila membuat pembahagian
Pada membahagi-bahagikan kosnya antara pemunya di bidang hadapan, atau pemaju pihak berkuasa tempatan boleh menimbangkan mana-mana atau kesemua faktor yang berikut:
bidang hadapan premis mereka masing-masing;
luas premis mereka masing-masing;
takat faedah yang akan didapati oleh premis itu dengan melebarkan jalan itu;
amaun dan nilai kerja jalan yang telah dilaksanakan oleh mana-mana pemunya bidang hadapan atau pemaju;
kos premis yang diserahkan secara sukarela oleh pemunya kepada pihak berkuasa tempatan; dan
apa-apa perkara lain yang pada pendapat pihak berkuasa tempatan adalah berkaitan dan patut dipertimbangkan.
Pemunya bidang hadapan atau pemaju yang terlibat oleh pembahagian itu boleh dalam masa satu bulan selepas menerima notis supaya membayar amaun itu merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri itu adalah muktamad.
Jalan, Parit dan Bangunan 39
Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Negeri, pemunya bidang hadapan atau pemaju adalah terikat untuk membayar jumlah wang itu dahulu dan jika keputusan Pihak Berkuasa Negeri adalah bagi faedah pihak merayu, pihak berkuasa tempatan hendaklah meremit jumlah wang itu atau sebahagian jumlah wang itu mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bagi maksud subseksyen (1), (2) dan (3) berkenaan dengan
Wilayah Persekutuan, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
Kerajaan
Persekutuan.
Bagi maksud seksyen ini “pemaju” ertinya pemaju bagi tanah kepunyaan orang yang akan menjadi pemunya bidang hadapan.
Bahagian III
Parit
Bahagian IV
Lorong Belakang
Bahagian V
Bangunan
Bahagian VI
Pelbagai
Bahagian VII
Undang-Undang Kecil
Bahagian VIII