Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

13. Section 13

(1)

Jika sesuatu jalan, yang bukannya suatu jalan awam, dirata, diadakan salurannya dan paritnya, dan sama ada dilepa, diturap dengan logam atau papak dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan, ia boleh sama ada atas permintaan pemunya bidang hadapan atau lain-lain, jika difikirkannya patut, mengisytiharkan bahawa jalan itu hendaklah menjadi suatu jalan awam apabila tamat satu bulan daripada tarikh pengisytiharan itu.

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki pemunya bidang hadapan mengadakan lampu bagi jalan itu dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan sebagai suatu syarat terdahulu daripada pengisytiharan di bawah subseksyen (1).

(3)

Suatu salinan tujuan hendak mengisytiharkan jalan itu sebagai suatu jalan awam hendaklah ditampalkan dengan segera di sesuatu bahagian jalan itu yang mudah dilihat.

(4)

Apabila tamat tempoh tersebut, melainkan jika pemunya bidang hadapan atau beberapa orang pemunya bidang hadapan yang mempunyai sebahagian lebih besar dari segi nilai tahunan telah membantah terhadapnya melalui notis kepada pihak berkuasa tempatan secara bertulis di bawah tandatangan mereka maka jalan tersebut hendaklah menjadi suatu jalan awam dan disenggara selamalamanya selepas itu oleh pihak berkuasa tempatan.

(5)

Selepas menimbangkan bantahan itu atau jika tiada bantahan selepas tamat tempoh tersebut pihak berkuasa tempatan itu hendaklah mengisytiharkan jalan itu sebagai jalan awam dengan cara yang difikirkannya patut.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules