Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian II · Jalan

24. Pihak berkuasa tempatan boleh dalam hal tertentu mengambil milik tanah dalam kawasan garis aturan jalan

(1)

Apabila sesuatu bangunan atau mana-mana bahagian sesuatu bangunan yang terletak dalam kawasan garis aturan jalan runtuh atau terbakar atau diruntuhkan maka pihak berkuasa tempatan boleh mengambil milik bahagian tanah dalam kawasan garis aturan jalan itu

Jalan, Parit dan Bangunan 49

yang diduduki oleh bangunan tersebut dan, jika perlu, melapangkannya.

(2)

Jika mana-mana tanah, sama ada terbuka atau terkepung, terletak dalam kawasan garis aturan jalan dan tidak diduduki oleh sesuatu rumah, atau jika sesuatu pelantar, beranda, anak tanggaatau sesuatu binaan lain di luar sesuatu rumah yang bersempadanan dengan sesuatu jalan awam atau sebahagian sesuatu pelantar, beranda, anak tangga atau binaan lain seperti itu berada dalam kawasan garis aturan jalan itu, pihak berkuasa tempatan boleh, selepas memberi kepada pemunya tanah atau pemunya bangunan itu notis secara bertulis tidak kurang daripada tujuh hari genap akan maksudnya hendak berbuat demikian, mengambil milik tanah itu serta dengan tembok, pagar tumbuhan atau pagar yang mengepungnya, jika ada, atau pelantar, beranda, anak tangga atau binaan lain itu, dan jika perlu, melapangkannya.

Tanah yang diambil menjadi sebahagian daripada jalan

(3)

Tanah yang diambil milik sedemikian di bawah seksyen ini hendaklah diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri atas permintaan pihak berkuasa tempatan mengikut mana-mana undang-undang berhubungan dengan pengambilan paksa tanah dan apabila diambil tanah itu hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian daripada jalan awam itu.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), berkenaan dengan Wilayah

Persekutuan, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan Persekutuan.

Report

Bahagian III

Parit

Bahagian IV

Lorong Belakang

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules