Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pengawalseliaan Sosial
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pengawalseliaan Sosial
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Syarat-syarat standard yang berkaitan bagi tiap-tiap lesen, yang diberikan di bawah Bahagian ini, hendaklah mengikut
Jadual.
Apa-apa syarat khas atau tambahan sesuatu lesen boleh diisytiharkan oleh Menteri dan dimasukkan dalam lesen itu.
Seseorang pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan tidaklah boleh memberikan apa-apa perkhidmatan kecuali mengikut syarat-syarat lesen yang diberikan kepada pemegang lesen itu di bawah
Bab ini atau syarat-syarat suatu lesen kelas yang kepadanya pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan sedemikian tertakluk.