Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pengawalseliaan Sosial
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pengawalseliaan Sosial
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam sesuatu kod kandungan yang disediakan oleh forum kandungan atau Suruhanjaya hendaklah dimasukkan tatacara contoh bagi menangani kandungan jelik atau sumbang.
Komunikasi dan Multimedia 117
Perkara-perkara yang boleh dikendalikan dalam kod itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
sekatan terhadap pemberian kandungan yang tidak sesuai;
kaedah untuk mengkelaskan kandungan;
tatacara bagi mengendalikan aduan orang ramai dan bagi melaporkan maklumat mengenai aduan kepada
Suruhanjaya;
gambaran budaya Malaysia dan identiti kebangsaan;
maklumat dan pendidikan awam berkenaan dengan pengawalseliaan kandungan dan teknologi bagi kawalan kandungan oleh pengguna akhir; dan
perkara-perkara lain yang penting kepada masyarakat.