Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pengawalseliaan Sosial
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IX · Pengawalseliaan Sosial
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang yang memberikan suatu perkhidmatan aplikasi kandungan terhad tidak dikehendaki supaya memegang suatu lesen individu tetapi dia boleh tertakluk kepada suatu lesen kelas.
Seseorang pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan terhad yang tiada lesen kelas terpakai baginya hendaklah disifatkan dikecualikan daripada semua peruntukan di bawah Bahagian ini.
Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh menentukan garis panduan yang menjelaskan atau menambah kriteria yang digunakan dalam mentakrifkan istilah “perkhidmatan aplikasi kandungan tertutup” dan segala perkara yang berkaitan dengannya.
Garis panduan yang ditentukan oleh Menteri hendaklah disiarkan oleh Suruhanjaya, mengikut cara yang difikirkannya sesuai, dan hendaklah didaftarkan dalam daftar secepat yang dapat dilaksanakan.