Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IX · Pengawalseliaan Sosial

210. Pendapat mengenai kategori perkhidmatan

Feedback & support
(1)

Seseorang boleh memohon kepada Suruhanjaya supaya diputuskan sama ada suatu perkhidmatan aplikasi kandungan dianggap sebagai suatu perkhidmatan aplikasi kandungan terhad atau sama ada kandungan itu ialah kandungan sampingan.

(2)

Suruhanjaya hendaklah memberikan pendapatnya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan itu.

(3)

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira mana-mana garis panduan Menteri yang berkaitan dan mana-mana pendapat yang diberikan sebelumnya di bawah Bab ini sebelum memberikan pendapatnya.

116

Undang-Undang Malaysia

(4)

Pendapat itu hendaklah mengikat Suruhanjaya dan semua pihak yang terlibat selama tempoh tiga tahun dari tarikh pendapat itu diberikan di bawah subseksyen (2).

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), Suruhanjaya boleh menarik balik sesuatu pendapat jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa jenis perkhidmatan itu telah berubah dengan banyaknya.

(6)

Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar pendapat mengikut Bab 6 Bahagian V.

Kehendak Kandungan

Report

Bahagian X

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Schedules