Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
256G. Kuasa untuk mengeluarkan arahan, dsb
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 125, 354, 355 dan 356, jika
Suruhanjaya—
menggunakan kuasanya untuk menarik balik suatu kebenaran atau pengiktirafan di bawah Penggal ini;
menyedari bahawa suatu kenyataan atau maklumat yang diberi atau dikemukakan kepadanya di bawah Penggal ini adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat peninggalan yang material; atau
berpuas hati bahawa kepentingan pelabur atau kepentingan awam dalam keadaan bahaya atau mungkin dalam keadaan bahaya,
Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan bertulis kepada orang yang telah dipertanggungjawabkan suatu obligasi untuk mematuhi apa-apa
414 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
kehendak yang dikenakan di bawah Penggal ini atau peraturan atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, untuk mengambil tindakan sebagaimana yang ditentukan dalam arahan untuk—
mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan—
apa-apa kehendak atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti;
apa-apa garis panduan atau notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau
apa-apa terma, syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah atau menurut Akta ini; atau
mengambil langkah untuk meremedi kemungkiran yang berkenaan dengannya
Suruhanjaya melaksanakan kuasanya untuk menarik balik kebenaran atau pengiktirafan di bawah perenggan 256E(1)(a) atau mengurangkan kesan kemungkiran itu.
Mana-mana orang yang disebut di bawah Penggal ini hendaklah memberi bantuan kepada Suruhanjaya, atau kepada orang yang bertindak sebagai wakil atau dengan kuasa Suruhanjaya, termasuklah pemberian penyata dan penyediaan maklumat yang berhubungan dengan operasinya atau apa-apa maklumat lain yang diperlukan oleh
Suruhanjaya atau orang yang bertindak sebagai wakil atau dengan kuasa
Suruhanjaya, bagi pentadbiran undang-undang sekuriti yang sewajarnya.
Seseorang yang gagal untuk mematuhi mana-mana arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau gagal untuk menyediakan bantuan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 415
Penggal 3B
Amanah Perniagaan