Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

255. Sekatan ke atas penawaran sekuriti bagi langganan atau pembelian

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata dalam Akta ini, seseorang tidak boleh membuat—

(a)

suatu pelawaan yang tidak disolisit untuk melanggan atau membeli apa-apa sekuriti;

(b)

suatu tawaran yang tidak disolisit bagi langganan atau pembelian apa-apa sekuriti; atau

(c)

suatu syor yang tidak disolisit mengenai apa-apa sekuriti.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 407

(2)

Subseksyen (1) tidak boleh—

(a)

melarang seseorang orang berlesen atau mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya daripada membuat pelawaan atau tawaran atau syor—

(i)

berhubung dengan mana-mana sekuriti yang disenaraikan di pasaran saham suatu bursa saham di dalam Malaysia atau di pasaran saham suatu bursa sekuriti di luar Malaysia yang diluluskan oleh

Suruhanjaya; dan

(ii)

kepada orang yang kepadanya, atau kepada sebilangan orang berhubung dengan setiap seorang daripada mereka, sekurang-kurangnya satu daripada syarat yang berikut dipenuhi:

(A)

orang itu telah memperoleh atau menjual sekuriti itu melalui orang berlesen itu atau mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya, dalam masa dua belas bulan sebelum pelawaan atau tawaran atau syor itu dibuat; atau

(B)

apabila pelawaan atau tawaran atau syor itu dibuat, suatu perjanjian bertulis sedang berkuat kuasa yang orang berlesen itu atau mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya hendaklah, atau boleh, sama ada tertakluk pada syarat atau selainnya, bertindak bagi pihak orang itu berkaitan pemerolehan atau penjualan mana-mana sekuriti oleh orang itu, atau menasihati orang itu tentang pemerolehan atau penjualan mana-mana sekuriti oleh orang itu;

408 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

melarang suatu syarikat pengurusan daripada memberikan maklumat, notis atau syor lanjut kepada pemegang unit yang sedia ada berhubung dengan pelaburan pemegang unit itu;

(c)

melarang seseorang yang dibenarkan secara bertulis oleh

Suruhanjaya daripada mengeluarkan apa-apa notis atau syor yang berhubungan dengan unit dalam suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang dibenarkan oleh

Suruhanjaya;

(d)

melarang suatu pelawaan, tawaran atau syor yang dibuat dalam, atau disertai dengan, suatu prospektus yang mematuhi Akta ini;

(e)

melarang suatu pelawaan, tawaran atau syor yang dibuat berhubung dengan suatu pelawaan terkecuali atau tawaran terkecuali;

(f)

terpakai bagi suatu pelawaan atau tawaran yang baginya peruntukan *Akta Syarikat 1965 terpakai; atau

(g)

terpakai bagi suatu pelawaan, tawaran atau syor yang ditetapkan oleh Suruhanjaya melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(3)

Suruhanjaya boleh menggunakan budi bicaranya di bawah subseksyen (2) untuk mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(4)

Seseorang yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya di bawah perenggan (2)(a) atau (c) hendaklah mematuhi apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya.

(5)

Peruntukan subseksyen (1) terpakai bagi suatu pelawaan, tawaran atau syor berhubung dengan mana-mana sekuriti sesuatu

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 409

perbadanan atau unit sesuatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang dicadangkan untuk ditubuhkan.

(6)

Jika pembuatan mana-mana pelawaan, tawaran atau syor adalah tertakluk pada subseksyen (1) atau adalah berkenaan dengan apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (2), peruntukan seksyen 363 *Akta Syarikat 1965 tidak terpakai.

(7)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Perjanjian, dokumen dan prospektus untuk mengecualikan atau mengehadkan tanggungan terbatal

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules