In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
256N. Kesan penarikan balik pendaftaran atau pengiktirafan
Feedback & supportMana-mana penarikan balik yang dikeluarkan di bawah seksyen 256M tidak boleh beroperasi untuk—
(a)
mengelakkan atau memberi kesan terhadap mana-mana perjanjian, transaksi atau perkiraan yang berhubungan dengan amanah perniagaan itu yang dimasuki sebelum penarikan balik pendaftaran atau pengiktirafan itu; atau
(b)
memberi kesan terhadap apa-apa hak, obligasi atau tanggungan yang berbangkit di bawah perjanjian, transaksi atau perkiraan yang disebut dalam perenggan (a).