Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

256U. Perakuan oleh ketua pegawai eksekutif dan lembaga pengarah pengurus pemegang amanah

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), lembaga pengarah pengurus pemegang amanah hendaklah membuat pernyataan bertulis untuk disertakan bersama penyata pendapatan amanah perniagaan itu, mengikut resolusi lembaga pengarah pengurus pemegang amanah itu dan ditandatangani oleh tidak kurang daripada dua pengarah bagi pihak lembaga pengarah, memperakui bahawa—

(a)

fi atau caj yang dibayar atau kena dibayar daripada harta atau aset amanah perniagaan itu kepada pengurus pemegang amanah adalah mengikut surat ikatan itu;

(b)

transaksi pihak yang berkaitan tidak memudaratkan kepentingan pemegang unit amanah perniagaan itu secara keseluruhannya berdasarkan hal keadaan pada masa transaksi itu; dan

(c)

lembaga pengarah pengurus pemegang amanah itu tidak menyedari apa-apa pelanggaran kewajipan pengurus pemegang amanah yang boleh menjejaskan secara material urusan amanah perniagaan itu atau kepentingan pemegang unit secara keseluruhannya.

(2)

Jika lembaga pengarah pengurus pemegang amanah sesuatu amanah perniagaan tidak boleh menyediakan pernyataan bertulis mengikut subseksyen (1), disebabkan oleh—

(a)

lembaga pengarah berpendapat bahawa pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah tidak benar; atau

(b)

terdapatnya perbezaan pendapat di kalangan pengarah pengurus pemegang amanah itu berkenaan dengan ketepatan pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1), lembaga pengarah hendaklah menyediakan penjelasan, termasuklah faktor penting bagi ketidakbolehan untuk menyediakan pernyataan bertulis itu.

426 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan.

(4)

Jika lembaga pengarah pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan membuat pernyataan bertulis yang disebut dalam subseksyen (1) tanpa asas munasabah untuk membuat kesimpulan seperti yang dinyatakan dalam pernyataan itu, mana-mana pengarah pengurus pemegang amanah yang membenarkan atau memberi kuasa untuk pernyataan itu dibuat, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules