Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
256L. Keengganan untuk mendaftarkan atau mengiktiraf amanah perniagaan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menolak sesuatu permohonan di bawah seksyen 256I jika—
pengurus pemegang amanah tidak memegang suatu Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang;
permohonan tidak dibuat mengikut Penggal ini;
pengurus pemegang amanah telah gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak Akta ini atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan kepada
Suruhanjaya berkenaan dengan permohonan itu adalah
418 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material;
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pendaftaran atau pengiktirafan tidak bagi kepentingan pelabur; atau
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pendaftaran atau pengiktirafan bertentangan dengan kepentingan awam.