Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
256K. Pendaftaran atau pengiktirafan amanah perniagaan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh berhubung dengan suatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 256I, mendaftarkan atau mengiktiraf amanah perniagaan itu.
Suruhanjaya boleh—
mendaftarkan atau mengiktiraf amanah perniagaan di bawah subseksyen (1); atau
mendaftarkan atau mengiktiraf amanah perniagaan di bawah subseksyen (1)—
tertakluk pada apa-apa terma dan syarat;
dengan apa-apa perubahan; atau
dengan apa-apa perubahan dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat, sebagaimana yang disifatkan patut atau perlu oleh
Suruhanjaya.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 417
Suruhanjaya boleh mengubah, menambah kepada atau menggugurkan mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.
Seseorang yang melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan.
Tiada seorang pun boleh mengambil atau menggunakan atau menerima pakai nama, gelaran atau perihalan perkataan “amanah perniagaan” atau “skim amanah perniagaan” berhubung dengan urusannya atau membuat apa-apa representasi yang memberi kesan itu mengikut apa cara sekalipun melainkan amanah perniagaan itu didaftarkan atau diiktiraf di bawah Penggal ini.
Seseorang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan juga didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.