Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

256O. Pengurus pemegang amanah

Feedback & support
(1)

Suatu amanah perniagaan hendaklah hanya diuruskan dan dikendalikan oleh pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan itu.

(2)

Pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan mestilah suatu perbadanan selain syarikat persendirian yang dikecualikan.

(3)

Pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan selain pengurusan dan pengendalian amanah perniagaan yang baginya dia adalah pengurus pemegang amanah.

(4)

Tertakluk pada surat ikatan dan dengan kelulusan Suruhanjaya, pengurus pemegang amanah boleh melantik ejen untuk menjalankan atau melaksanakan apa-apa fungsi berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian amanah perniagaan itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

420 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules