Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

256Q. Kewajipan dan tanggungjawab pegawai dan ejen

Feedback & support
(1)

Pegawai pengurus pemegang amanah hendaklah pada setiap masa—

(a)

menggunakan kuasanya untuk maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati demi kepentingan pemegang unit secara keseluruhannya dan hendaklah mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan pengurus pemegang amanah itu menunaikan kewajipannya di bawah seksyen 256P;

(b)

memberikan keutamaan kepada kepentingan pemegang unit secara keseluruhannya mengatasi daripada kepentingan pemegang amanah itu jika terdapat suatu percanggahan antara kepentingan pemegang amanah secara keseluruhannya dengan kepentingan pengurus pemegang amanah; dan

(c)

menjalankan apa-apa kewajipan atau tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah tidak boleh—

(a)

menggunakan apa-apa harta atau aset amanah perniagaan itu;

422 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

menggunakan apa-apa maklumat yang diperoleh menurut kuasa kedudukannya sebagai pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah itu;

(c)

menggunakan kedudukannya sebagai pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah itu;

(d)

menggunakan apa-apa peluang yang disedari olehnya dalam pelaksanaan fungsinya sebagai pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah itu; atau

(e)

terlibat dalam apa-apa perniagaan yang bersaing dengan amanah perniagaan itu, untuk membuat apa-apa keuntungan secara langsung atau tidak langsung, atau untuk menyebabkan kemudaratan kepada pemegang unit secara keseluruhannya.

(3)

Kewajipan pegawai pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengatasi apa-apa kewajipan pegawai di bawah seksyen 132 *Akta Syarikat 1965 yang bercanggah.

(4)

Tiada prosiding sivil atau jenayah boleh dibawa atau dimulakan terhadap seseorang pegawai pengurus pemegang amanah suatu amanah perniagaan bagi kemungkiran di bawah seksyen 132

*Akta Syarikat 1965, mana-mana kewajipan fidusiari atau mana-mana kewajipan lain di bawah common law berhubung dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan untuk bertindak jika perbuatan atau peninggalan itu dikehendaki oleh subseksyen (1).

(5)

Pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah bagi suatu amanah perniagaan yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan juga boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 423

(6)

Pegawai atau ejen pengurus pemegang amanah hendaklah bertanggungan kepada pemegang unit secara keseluruhannya bagi apa-apa keuntungan atau perolehan kewangan secara langsung atau tidak langsung yang dibuat oleh pengurus pemegang amanah atau mana-mana perbadanan berkaitannya, atau bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang unit amanah perniagaan secara keseluruhannya, akibat pelanggaran subseksyen (1) atau (2).

(7)

Tiada tindakan atau prosiding boleh dibawa oleh atau bagi pihak semua atau mana-mana pemegang unit amanah suatu amanah perniagaan terhadap seseorang pegawai pengurus pemegang amanah bagi amanah perniagaan itu bagi mana-mana kemungkiran atau kemungkiran yang dikatakan berhubung kewajipan yang dikenakan oleh subseksyen (1) dan (2), kecuali mengikut cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 256ZF.

(8)

Dalam seksyen ini—

“ejen” bermaksud jurubank, peguam bela dan peguam cara atau juruaudit pengurus pemegang amanah dan bagi maksud perenggan 256Q(2)(b), (c) dan (d), termasuk seorang yang pernah menjadi jurubank, peguam bela dan peguam cara atau juruaudit pengurus pemegang amanah itu.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules