Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

256E. Penarikan balik kebenaran atau pengiktirafan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh menarik balik kebenaran atau pengiktirafan yang telah diberikan di bawah seksyen 256C sekiranya

Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

pemohon atau mana-mana pegawainya telah gagal untuk mematuhi atau melanggar—

(i)

apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh

Suruhanjaya;

(ii)

apa-apa garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau

(iii)

apa-apa kehendak di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan kepada

Suruhanjaya di bawah Penggal ini adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat peninggalan yang material; atau

(c)

ia adalah untuk kepentingan pelabur atau kepentingan awam untuk menarik balik kebenaran atau pengiktirafan yang diberikan di bawah seksyen 256C.

(2)

Suruhanjaya boleh, atas permintaan secara bertulis oleh pemohon kepada Suruhanjaya, menarik balik kebenaran atau pengiktirafan yang diberikan di bawah seksyen 256C.

(3)

Jika suatu permintaan secara bertulis dibuat kepada

Suruhanjaya di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya boleh enggan untuk menarik balik kebenaran atau pengiktirafan yang telah diberikan di bawah seksyen 256C, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa—

(a)

demi kepentingan pelabur atau kepentingan awam, apa-apa perkara berkenaan dengan produk tak tersenarai itu sepatutnya disiasat sebelum kebenaran atau pengiktirafan ditarik balik di bawah subseksyen (2); atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 413

(b)

penarikan balik kebenaran atau pengiktirafan itu tidak sejajar dengan kepentingan pelabur atau kepentingan awam.

(4)

Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu suatu peluang untuk didengar sebelum apa-apa keputusan dibuat di bawah subseksyen (1).

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules