Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
256Z. Kehendak bagi surat ikatan
Feedback & supportPengurus pemegang amanah hendaklah memastikan bahawa surat ikatan telah dibuat dan terkandung dalam dokumen yang boleh dikuatkuasakan secara undang-undang antara pemegang unit dan pengurus pemegang amanah itu.
Suruhanjaya boleh menentukan kandungan surat ikatan.
Apa-apa peruntukan surat ikatan yang mempunyai kesan memperuntukkan amanah perniagaan digulungkan jika pengurus pemegang amanah terhenti menjadi pengurus pemegang amanah amanah perniagaan itu adalah terbatal.
Surat ikatan boleh dipinda mengikut cara dan bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
256ZA.
Pengecualian dan penanggungrugian bagi pengurus pemegang amanah daripada tanggungan
Tertakluk pada subseksyen (2), suatu peruntukan atau waad yang terkandung dalam surat ikatan atau suatu terma kontrak yang mempunyai kesan mengecualikan atau menanggung rugi
428 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
pengurus pemegang amanah, pegawai dan ejen pengurus pemegang amanah daripada tanggungan bagi—
pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini;
pecah amanah; atau
kegagalan menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripada pengurus pemegang amanah, adalah terbatal.
Subseksyen (1) tidak terpakai sekiranya peruntukan, waad atau terma–
melepaskan pengurus pemegang amanah daripada tanggungan bagi apa-apa yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberi; atau
membolehkan pemegang unit dalam suatu mesyuarat agung, untuk meluluskan pelepasan pengurus pemegang amanah daripada tanggungan bagi apa-apa yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan dan resolusi diluluskan oleh tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus pemegang unit yang hadir dan mengundi.
256ZB.
Mesyuarat agung tahunan
Pengurus pemegang amanah hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung pemegang unit amanah perniagaan itu, yang dipanggil “mesyuarat agung tahunan”, dalam tempoh lapan belas bulan daripada pendaftaran amanah perniagaan itu dan selepas itu sekali dalam setiap tahun kalendar dan tidak lebih daripada lima belas bulan selepas mesyuarat agung tahunan terakhir diadakan.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 429
256ZC.
Kewajipan pengurus pemegang amanah untuk memanggil mesyuarat
Pengurus pemegang amanah hendaklah memanggil suatu mesyuarat pemegang unit jika—
tidak kurang daripada lima puluh pemegang unit atau pemegang unit memegang tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada keseluruhan hak mengundi semua pemegang unit amanah perniagaan mengarahkan pengurus pemegang amanah untuk berbuat demikian;
arahan itu diberikan kepada pengurus pemegang amanah secara bertulis di pejabat berdaftarnya; dan
tujuan mesyuarat itu adalah bagi menimbangkan apa-apa perkara yang dibangkitkan oleh pemegang unit berhubung dengan amanah perniagaan atau surat ikatan.
Jika pengurus pemegang amanah dikehendaki untuk memanggil mesyuarat di bawah subseksyen (1), pengurus pemegang amanah itu hendaklah mengadakan mesyuarat dalam tempoh dua puluh satu hari selepas arahan itu diberikan kepada pengurus pemegang amanah secara bertulis di pejabat berdaftarnya.
Jika seorang pengurus pemegang amanah dikehendaki untuk memanggil suatu mesyuarat di bawah subseksyen (1) atau menurut apa-apa peruntukan atau waad surat ikatan, ia hendaklah memberikan notis tentang masa dan tempat mesyuarat itu—
dengan menghantar secara pos atau komunikasi elektronik, suatu notis tentang mesyuarat yang dicadangkan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, kepada setiap pemegang unit di alamat terakhir yang diketahui pemegang unit atau, dalam kes pemegang unit bersama, kepada pemegang unit bersama yang namanya berada pada kedudukan yang pertama dalam rekod pengurus pemegang amanah di alamat terakhir yang diketahui pemegang unit bersama itu; dan 430 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
dengan menyiarkan sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat yang dicadangkan itu, suatu iklan yang memberi notis tentang mesyuarat itu dalam satu akhbar harian bahasa kebangsaan dan dalam satu akhbar lain.
Mesyuarat yang dipanggil mengikut mana-mana peruntukan atau waad yang terkandung dalam surat ikatan itu hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan dalam notis dan iklan itu, yang merupakan suatu masa yang tidak lewat daripada dua bulan selepas pemberian notis itu dan hendaklah—
dipengerusikan oleh orang yang dilantik oleh pemegang unit yang hadir dalam mesyuarat itu atau jika tiada pelantikan itu dibuat, oleh seorang penama pengurus pemegang amanah itu; dan
dibuat mengikut surat ikatan itu, atau jika surat ikatan itu tidak mempunyai peruntukan sedemikian, seperti yang diarahkan oleh pengerusi mesyuarat.
Notis mesyuarat yang diposkan kepada pemegang unit hendaklah dianggap sebagai diberikan tiga hari selepas notis itu diposkan, melainkan surat ikatan itu memperuntukkan selainnya.
Jika pengurus pemegang amanah gagal untuk mengadakan mesyuarat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), pemegang unit atau mana-mana daripada mereka yang mewakili lebih daripada lima puluh peratus daripada keseluruhan hak mengundi pemegang unit di bawah perenggan (1)(a), boleh dengan sendiri mengadakan mesyuarat dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam masa tiga bulan dari tarikh arahan di bawah subseksyen (1) kepada pengurus pemegang amanah.
Pengurus pemegang amanah hendaklah membayar kepada pemegang unit apa-apa perbelanjaan munasabah yang ditanggung oleh pemegang unit kerana mengadakan mesyuarat itu disebabkan kegagalan pengurus pemegang amanah untuk mengadakan mesyuarat itu.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 431
256ZD.
Kuasa mahkamah untuk memerintahkan mesyuarat pemegang unit
Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemegang unit amanah perniagaan, membuat perintah suatu mesyuarat agung diadakan.
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengarahkan pengurus pemegang amanah itu untuk—
membentangkan di hadapan pemegang unit apa-apa maklumat yang melibatkan kepentingan pemegang unit;
membentangkan di hadapan pemegang unit apa-apa cadangan untuk melindungi kepentingan pemegang unit yang diarahkan oleh mahkamah atau yang difikirkan patut oleh pengurus pemegang amanah; dan
mendapatkan arahan pemegang unit yang melibatkan perlindungan kepentingan pemegang unit.
Mahkamah boleh, di samping perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan patut untuk melindungi kepentingan pemegang unit sedia ada atau bakal pemegang unit.
256ZE.
Hak pemegang unit dalam mesyuarat
Tiap-tiap pemegang unit mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat agung pemegang unit dan untuk bercakap dan mengundi mengenai apa-apa resolusi dalam mesyuarat itu.
Apa-apa peruntukan dalam surat ikatan yang mempunyai kesan menidakkan hak untuk menuntut pembuangan undi dalam mesyuarat agung pemegang unit, selain untuk pemilihan pengerusi mesyuarat atau penangguhan mesyuarat itu adalah terbatal.
432 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
256ZF.
Tindakan oleh pemegang unit
Mana-mana pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan boleh memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah di bawah seksyen ini atas alasan—
bahawa hal ehwal amanah perniagaan itu dijalankan oleh pengurus pemegang amanah, atau kuasa pengarah pengurus pemegang amanah digunakan, dengan cara yang menindas seorang atau lebih pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan itu termasuklah dirinya sendiri atau tanpa mengambil kira kepentingannya atau kepentingan mereka sebagai pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan itu; atau
sebahagian tindakan pengurus pemegang amanah yang dilakukan dalam kapasitinya sebagai pengurus pemegang amanah bagi suatu amanah perniagaan, bersifat mengugut atau sebahagian resolusi pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan atau apa-apa kelas daripada mereka yang telah diluluskan atau dicadangkan itu mendiskriminasi secara tidak adil atau selainnya menjejaskan seorang atau lebih pemegang unit atau pemegang debentur amanah perniagaan itu.
Jika atas permohonan itu, mahkamah berpendapat bahawa mana-mana alasan yang disebut dalam subseksyen (1) dibuktikan, mahkamah boleh, dengan tujuan untuk mengakhiri atau meremedi perkara diadu, membuat apa-apa perintah yang ia fikirkan patut, dan tanpa menjejaskan keluasan makna yang terdahulu, perintah itu boleh—
mengarahkan atau melarang apa-apa tindakan atau membatalkan atau mengubah apa-apa transaksi atau resolusi;
mengawal selia penjalanan hal ehwal pengurus pemegang amanah berhubungan dengan amanah perniagaan itu pada masa hadapan;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 433
membenarkan prosiding sivil terhadap pengarah pengurus pemegang amanah itu untuk dibawa atas nama atau bagi pihak semua pemegang unit amanah perniagaan itu secara keseluruhannya oleh mana-mana orang dan atas apa-apa terma yang mahkamah boleh arahkan;
memperuntukkan pembelian unit atau debentur amanah perniagaan itu oleh pemegang unit atau pemegang debentur lain amanah perniagaan itu;
memperuntukkan amanah perniagaan itu untuk digulung;
atau
memperuntukkan kos dan perbelanjaan bagi dan yang bersampingan kepada permohonan bagi perintah itu didapatkan dan dibayar daripada harta amanah atau aset amanah perniagaan itu atau ditanggung dan dibayar mengikut cara dan oleh mana-mana orang sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah.
Jika suatu perintah di bawah seksyen ini membuat apa-apa pengubahan atau tambahan kepada surat ikatan mana-mana amanah perniagaan, kemudian walau apa pun peruntukan lain Akta ini, pengurus pemegang amanah amanah perniagaan berkenaan tidak mempunyai kuasa, tanpa kebenaran mahkamah, untuk membuat apa-apa pengubahan atau tambahan lain kepada surat ikatan itu yang tidak selaras dengan peruntukan perintah.
Pemohon hendaklah memaklumkan Suruhanjaya tentang perintah mahkamah itu dalam masa tujuh hari selepas perintah itu dibuat.
Bagi maksud seksyen ini, sebutan kepada pemegang unit termasuklah seorang yang bukan pemegang unit amanah perniagaan tetapi yang kepadanya unit dalam amanah perniagaan itu telah diberikan melalui operasi undang-undang.
434 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
256ZG.
Penggulungan
Amanah perniagaan boleh digulung—
di bawah suatu perintah mahkamah—
melalui permohonan pengurus pemegang amanah, pemegang unit atau pemiutang amanah perniagaan itu; atau
melalui permohonan
Suruhanjaya apabila
Suruhanjaya membatalkan pendaftaran suatu amanah perniagaan; atau
oleh pengurus pemegang amanah itu—
apabila resolusi khas diluluskan oleh pemegang unit dalam suatu mesyuarat agung; atau