Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1.
10. Pemberian lesen oleh Menteri
Feedback & supportDalam menilai suatu permohonan yang dibuat dengan sempurnanya di bawah seksyen 9 untuk menjalankan apa-apa perniagaan berlesen, Bank hendaklah mengambil kira semua faktor yang dinyatakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2 Jadual 5 dan apa-apa perkara lain yang Bank berpendapat adalah berkaitan.
Apabila membuat suatu penilaian di bawah subseksyen (1) dan jika Bank berpuas hati bahawa pemohon itu boleh diberikan suatu lesen, Bank hendaklah membuat suatu syor kepada Menteri untuk memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (4) dengan atau tanpa syarat.
Bank hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis sekiranya Bank tidak membuat suatu syor kepada Menteri di bawah subseksyen (2).
Jika Bank membuat suatu syor menurut subseksyen (2), Menteri boleh memberikan suatu lesen kepada pemohon untuk menjalankan perniagaan perbankan, perniagaan insurans atau perniagaan perbankan pelaburan, dengan atau tanpa syarat.
Bank hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis keputusan Menteri di bawah subseksyen (4).
Jika Menteri memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (4), orang berlesen hendaklah memulakan perniagaan berlesennya dalam suatu tempoh atau mana-mana tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, atas syor Bank.