Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1.
29. Bertindak bagi pihak orang tidak berlesen
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh bertindak bagi pihak institusi asing atau mana-mana orang yang tidak dilesenkan di bawah Akta ini berhubungan dengan penjalanan perniagaan perbankan, perniagaan
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
pelaburan perbankan, perniagaan insurans atau penyetujuterimaan deposit di Malaysia melainkan jika diluluskan secara bertulis oleh
Bank.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.