Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1.
17. Perniagaan berdaftar dijalankan oleh orang berdaftar
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan berdaftar melainkan jika ia telah—
memenuhi apa-apa kehendak dan mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh
Bank; dan
memberitahu secara bertulis kepada Bank tarikh permulaan kuat kuasa perniagaannya.
Subseksyen (1) tidak terpakai berkenaan dengan perniagaan ajuster bagi—
Perkhidmatan Kewangan 65
peguam bela, peguam cara atau anggota mana-mana profesion lain yang bertindak atau membantu dalam pengajusteran tuntutan insurans atau takaful yang bersampingan dengan amalannya dan yang tidak mengemukakan dirinya sebagai ajuster;
ajuster bagi kerugian penerbangan atau maritim; atau
pekerja penanggung insurans berlesen atau pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013, yang dalam penjalanan pekerjaannya, bertindak atau membantu dalam pengajusteran tuntutan insurans atau takaful dan yang tidak mengemukakan dirinya sebagai ajuster.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.