Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1.
11. Kelulusan oleh Bank
Feedback & supportDalam menilai suatu permohonan yang dibuat dengan sempurnanya di bawah seksyen 9 untuk menjalankan apa-apa perniagaan yang diluluskan, Bank hendaklah mengambil kira semua faktor yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 5 dan apa-apa
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
perkara lain yang Bank berpendapat adalah berkaitan.
Bank boleh—
meluluskan suatu permohonan untuk menjalankan apa-apa perniagaan yang diluluskan, dengan atau tanpa syarat, atau bagi suatu tempoh yang dinyatakan dalam kelulusan itu; atau
menolak permohonan itu.
Orang yang diluluskan di bawah perenggan (2)(a) untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans atau perniagaan nasihat kewangan hendaklah pada setiap masa mempunyai insurans atau takaful tanggung rugi profesional yang berkuat kuasa bagi suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Bank hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis keputusannya di bawah subseksyen (2).
Jika
Bank meluluskan suatu permohonan di bawah perenggan (2)(a), orang yang diluluskan hendaklah memulakan perniagaannya yang diluluskan dalam suatu tempoh atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.