Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1.
20. Alasan bagi pembatalan pemberikuasaan
Feedback & supportMenteri boleh, atas syor Bank, membatalkan lesen orang berlesen, dan Bank boleh membatalkan kelulusan orang yang diluluskan, atas alasan bahawa—
Bank telah, berkaitan dengan permohonan di bawah seksyen 9, diberikan maklumat yang palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap;
orang itu tidak memulakan perniagaan berkenaan yang ia dilesenkan atau diluluskan dalam tempoh yang ditentukan oleh Menteri di bawah subseksyen 10(6) atau oleh Bank di bawah subseksyen 11(5);
orang itu telah terhenti daripada menjalankan perniagaan yang ia dilesenkan atau diluluskan;
orang itu telah—
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009;
gagal untuk mematuhi mana-mana syarat lesennya atau kelulusannya; atau
gagal untuk mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 156 atau suatu perintah di bawah Akta Bank Negara
Malaysia 2009, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran, pelanggaran atau ketidakpatuhan itu;
orang itu telah terhenti menjadi berdaya maju pada pendapat
Bank;
Bank, menurut pelaksanaan kuasanya di bawah
Bahagian XIII yang berhubungan dengan orang itu, telah secara substantial menyempurnakan semua pemindahan perniagaan, aset atau liabiliti orang itu;
orang itu telah digulungkan atau dibubarkan selainnya; atau
ia adalah demi kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan untuk berbuat sedemikian.
Menteri boleh, atas syor Bank, membatalkan lesen orang berlesen, dan Bank boleh dengan persetujuan Menteri membatalkan suatu kelulusan orang yang diluluskan, sekiranya ia demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian.
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1) dan (2), Bank boleh membatalkan kelulusan orang yang diluluskan atas alasan bahawa—
pada pendapat Bank orang itu sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti penjalanan pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau telah gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti penjalanan pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan orang itu;
Perkhidmatan Kewangan 69
pada pendapat Bank orang itu sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan kepentingan pelanggannya, pemiutangnya, pesertanya, penggunanya atau orang awam secara amnya;
penerima atau pengurus bagi harta orang itu telah dilantik;
atau
milikan harta orang itu telah diambil oleh atau bagi pihak pemegang debentur menurut suatu gadaian atas harta itu.
Bank—
hendaklah menyiarkan dalam Warta, dengan seberapa segera yang praktik, suatu notis pembatalan suatu lesen di bawah subseksyen (1) atau (2); atau
boleh menyiarkan suatu notis pembatalan suatu kelulusan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) mengikut apa-apa cara yang Bank dapati sesuai.